Beginilah rupa Reko Rabbitry yang bermula dengan sekadar hobi, tetapi kini menjadi projek yang lebih serius. Tapi saya mulakan secara kecil-kecilan je. Modal pun tak seberapa... ini je la yang termampu buat masa ni...
Mari saya perkenalkan induk-induk yang baru saya dapatkan semalam dan hari ini :
1. Yang ini induk betina Lop Ear berumur 6 bulan, belum pernah dikahwinkan. warna REW ( Red-Eyed White ).Saya beli dari saudara Zaifullah (http://arnabsepang.blogspot.com/). Tembam kan? Isteri saya memberikan namanya Qaseh.
2. Ini pula induk pejantan Netherland Dwarf baka asli berumur setahun lebih. Saya beli dari ladang Beh & Yo Rabbitry (http://www.behyorabbitry.com/). Menurut Mr. Beh, arnab yang berwarna solid blue ini pernah dijadikan induk di ladang mereka. Saya berikan namanya Mickey, sempena watak kartun kegemaran saya semasa zaman kanak-kanak.
3. Ini Minnie, pasangan untuk Mickey juga seekor Netherland Dwarf baka asli berumur 7-8 bulan, berwarna chestnut (rasanya kot...hehe...kalau salah tolonglah betulkan ye?). Saya beli dari abang Hisham (http://shamzaagroproduct.blogspot.com/). Terima kasih kepada abang Hisham kerana bersusah payah mendapatkan Minnie untuk saya.
Begitulah ahli-ahli terbaru dalam keluarga Reko Rabbitry. Saya masih mencari induk pejantan baka Holland Lop untuk dijadikan pasangan kepada Qaseh. Sekian buat waktu ini, doakanlah kejayaan projek Reko Rabbitry ini.....Ameen. Wassalam.