Harapan untuk melihat arnab-arnab comel tak kesampaian sebab kalau dikira bilangannya rasanya tak sampai 20 ekor pun. Oleh itu saya berharap ada pihak yang akan menganjurkan pameran khas untuk arnab sahaja (No dogs please....) kerana saya rasa penggemar arnab pun dah berlambak-lambak di seluruh negara kita. So, pasti sambutannya menggalakkan. Bagi la nama Rabbit World ke, Rabbit Wonderland ke.....pasti meletup punya. Kalau dikenakan bayaran untuk masuk pun pasti berbaloi-baloi!
Jadi, dengan hati yang agak hampa, kami pun pulanglah ke rumah. Untuk mengubati kekecewaan, kami pun main dengan arnab-arnab kami di rumah. Inilah antara pose-pose istimewa oleh Hunny dan Funny.
Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Saya nak bersiap sedia untuk menyokong England menentang Germany malam ni. Hidup England! See you in the Quarter Final!