Search My Blog

Friday, July 30, 2010

Gambar Baby Netherland Dwarf - 15 hari

Salam semua. Disebabkan ada permintaan dari kawan2, saya postkan gambar2 terkini baby Netherland Dwarf saya yang tiga beradik ni. Kalau ada yang berkenan, bolehla booking. InsyaAllah boleh ambil mereka seawal-awalnya pada hari Kebangsaan 31 Ogos nanti.

1. Yang ini yang paling saya suka. Berwarna Chestnut. Jantinanya masih belum pasti. Kalau betina, saya taknak jual.



2. Yang ini pula berwarna putih dan bermata merah (Ruby Eyed White). Yang ni boleh dibooking. Kalau mengikut pengamatan awal saya, yang ni betina.


3. Yang ini pula berwarna Black Otter. Mengikut pengamatan awal saya, yang ini jantan. Juga boleh dibooking.


Haa...macamana? Ada yang berkenan? Kalau dah berkenan, apa tunggu lagi? Hubungilah saya di nombor 0123588209. Takut terlepas pula peluang memiliki kelahiran pertama di Reko Rabbitry ni. Kalau masih tak puas tengok dalam video dan gambar, marilah datang ke Reko Rabbitry yang terletak di Kajang, Selangor. Wassalam.

Tuesday, July 27, 2010

Update Terkini Baby Netherland Dwarf

Salam semua...di sini saya sertakan video gelagat baby Netherland Dwarf saya yang berumur 12 hari pada 27 Julai 2010. Saksikanlah.....

video

Macamana? Comel tak? Kalau ada yang nak booking, bolehla hubungi saya. Sekian, wassalam.

Wednesday, July 21, 2010

Ahli Baru Di Reko Rabbitry

Alhamdulillah...hari ini bertambah seekor lagi arnab di dalam koleksi saya di Reko Rabbitry. Dapat juga saya memiliki seekor arnab Netherland Dwarf betina berwarna black otter, yang berumur 4 bulan. Arnab ini bakal saya jadikan induk apabila matang kelak.


Di samping itu, ketiga-tiga baby kepada Minnie (Netherland Dwarf) berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Alhamdulillah, Minnie rajin menyusukan anak-anaknya. Memasuki hari yang ke-7, bulu2 halus mula tumbuh dan saya dapat mengagak warna bulu mereka. Mengikut tilikan saya ketiga-tiganya berlainan warna iaitu seekor putih, seekor hitam dan seekor lagi berwarna blue otter. Kita tengok nanti keputusannya. InsyaAllah, cukup 2 minggu nanti saya akan postkan gambar terkini mereka ke dalam blog ini...harap besabar....sekian, wassalam.

Saturday, July 17, 2010

Holland Lop Jr Doe terbaru...

Saya baru mendapatkan seekor Holland Lop betina yang comel. Kalau ada yang berminat bolehla call, sms atau email saya untuk harganya. Kalau takde sesiapa yang berminat, saya pun memang nak bela buat induk sebab memang comel dan berani. Dia tak takut orang dan tak ada tanda2 stress langsung walaupun mendapat tuan dan rumah baru. Memang sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Ini gambar2nya....

Comel kan? Kalau berminat jangan berlengah lagi. Arnab baka holland lop ni memang terhad stoknya. Kalau lambat melepas...wassalam.

Koleksi gambar terkini...



Salam...hari ni dah malas nak menulis. cuma nak share beberapa keping gambar terkini koleksi arnab yang ada di Reko Rabbitry sekarang. Saksikanlah...

Sekian buat masa ni...wassalam.

Thursday, July 15, 2010

Kelahiran mengejut...

Pagi ini saya ke sekolah seperti biasa. Tiba2 saya dapat panggilan kecemasan dari isteri saya di rumah. Rupa2nya arnab Netherland Dwarf betina saya telah selamat melahirkan 3 kits. Kelahiran ini amat mengejutkan kami padahal saya baru 10 hari je kahwinkan dia. Setelah merujuk kepada Abang Hisham (SHAMZA) yang telah menjual arnab tu kepada saya, barulah saya dapat tahu bahawa ada kemungkinan Minnie telah bunting sebelum saya membelinya kerana dia bergaul bebas dengan pasangannya yang sebelum ini.

Berbalik kepada kelahiran yang mengejut ni, kelam kabutlah isteri saya melaksanakan arahan dari saya untuk menyediakan nestbox yang tak sempat saya sediakan. Alhamdulillah ketiga-tiga ekor anaknya berada dalam keadaan sempurna dan aktif. Diharap Minnie dapat membela dan menyusukan anaknya sebaik mungkin.

Ini merupakan pengalaman pertama menyambut kelahiran baby arnab yang tak mungkin dapat saya lupakan. Diharap ketiga-tiga ekor arnab ini dapat membesar menjadi arnab2 yang cute. Kalau nak tengok gambar, nanti saya postkan bila baby2 arnab tu dah besar sikit...harap bersabar...Wassalam.

Sunday, July 11, 2010

Ahli keluarga terbaru Reko Rabbitry

Setelah berminggu-minggu mencari akhirnya hari ini saya telah dapat membeli seekor Holland Lop jantan purebred yang menjadi idaman hati. Saya menamakannya Agouti sempena warnanya iaitu Chestnut Agouti. Menurut pemilik Beh & Yo Rabbitry arnab yang saya beli ini memiliki ciri-ciri Show Quality. Terima kasih Mr. Beh kerana telah menjualkan seekor arnab yang begitu hebat. Berikut saya postkan beberapa gambar yang sempat saya snap sebaik sahaja memasukkan Agouti ke dalam sangkarnya.

Agouti ni memang Holland Lop purebred. Kalau tak percaya, silalah tengok sijil pedigree di bawah ni :

Amacam? Dah percaya? Soal harga, jangan tanya. Tutup sebelah mata, bayar je. Yang penting puas hati. Semoga arnab-arnab saya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur mereka...Ameen.

Sunday, July 4, 2010

Projek sudah bermula...

Alhamdulillah, cuti dua hari ni telah saya gunakan sebaik mungkin untuk memulakan projek Reko Rabbitry yang telah saya rancang selama sebulan. Bermula dengan kerja-kerja memasang rak, menyusun sangkar dan usaha-usaha mendapatkan induk bermula semalam hinggalah selesai pada hari ini. Walaupun masih belum berjaya mendapat induk pejantan Holland Lop, saya puas hati kerana berjaya mendapatkan sepasang induk Netherland Dwarf purebred dan seekor induk betina Lop Ear.



Beginilah rupa Reko Rabbitry yang bermula dengan sekadar hobi, tetapi kini menjadi projek yang lebih serius. Tapi saya mulakan secara kecil-kecilan je. Modal pun tak seberapa... ini je la yang termampu buat masa ni...

Mari saya perkenalkan induk-induk yang baru saya dapatkan semalam dan hari ini :

1. Yang ini induk betina Lop Ear berumur 6 bulan, belum pernah dikahwinkan. warna REW ( Red-Eyed White ).Saya beli dari saudara Zaifullah (http://arnabsepang.blogspot.com/). Tembam kan? Isteri saya memberikan namanya Qaseh.



2. Ini pula induk pejantan Netherland Dwarf baka asli berumur setahun lebih. Saya beli dari ladang Beh & Yo Rabbitry (http://www.behyorabbitry.com/). Menurut Mr. Beh, arnab yang berwarna solid blue ini pernah dijadikan induk di ladang mereka. Saya berikan namanya Mickey, sempena watak kartun kegemaran saya semasa zaman kanak-kanak.


3. Ini Minnie, pasangan untuk Mickey juga seekor Netherland Dwarf baka asli berumur 7-8 bulan, berwarna chestnut (rasanya kot...hehe...kalau salah tolonglah betulkan ye?). Saya beli dari abang Hisham (http://shamzaagroproduct.blogspot.com/). Terima kasih kepada abang Hisham kerana bersusah payah mendapatkan Minnie untuk saya.



Begitulah ahli-ahli terbaru dalam keluarga Reko Rabbitry. Saya masih mencari induk pejantan baka Holland Lop untuk dijadikan pasangan kepada Qaseh. Sekian buat waktu ini, doakanlah kejayaan projek Reko Rabbitry ini.....Ameen. Wassalam.