Search My Blog

Sunday, June 27, 2010

Pet World Malaysia 2010

Hari ni saya bawa family pegi Pet World Malaysia 2010 di Mid Valley Exhibition Centre. Hajat di hati nak tengok arnab. Manalah tau, boleh tambah koleksi. Tapi selepas 2-3 kali pusing, cuma ada 2 booth aje yang jual arnab. Tu pun harganya jauh lebih mahal daripada yang dijual oleh blogger2 di Internet. Yang lain banyaknya jual anjing. Family pun rasa tak selesa sebab ramai pengunjung agama lain yang bawa anjing di khalayak ramai. Kalau dibawa dalam sangkar takpe juga. Ini tidak, ada yang berdukung, ditarik guna tali, dan yang paling tak patut, ada seekor anjing setinggi pinggang, langsung tak diikat, cuma berjalan mengikut tuannya. Sepatutnya mereka kena juga jaga sensitiviti umat Islam di negara Islam ni.





Harapan untuk melihat arnab-arnab comel tak kesampaian sebab kalau dikira bilangannya rasanya tak sampai 20 ekor pun. Oleh itu saya berharap ada pihak yang akan menganjurkan pameran khas untuk arnab sahaja (No dogs please....) kerana saya rasa penggemar arnab pun dah berlambak-lambak di seluruh negara kita. So, pasti sambutannya menggalakkan. Bagi la nama Rabbit World ke, Rabbit Wonderland ke.....pasti meletup punya. Kalau dikenakan bayaran untuk masuk pun pasti berbaloi-baloi!



Jadi, dengan hati yang agak hampa, kami pun pulanglah ke rumah. Untuk mengubati kekecewaan, kami pun main dengan arnab-arnab kami di rumah. Inilah antara pose-pose istimewa oleh Hunny dan Funny.



Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Saya nak bersiap sedia untuk menyokong England menentang Germany malam ni. Hidup England! See you in the Quarter Final!

No comments:

Post a Comment