Search My Blog

Sunday, August 29, 2010

Babies hari ke-6...

Salam...

Hari ini umur baby Netherland Dwarf saya sudah masuk 6 hari. Membesar dengan sihat dan sempurna. Ibu mereka, Minnie rajin menyusukan anak-anaknya. Tak sabar menunggu mereka boleh membuka mata. Di sini saya postkan beberapa keping gambar terkini anak2 arnab ini.

Sekian, Wassalam.

Thursday, August 26, 2010

Baby hari ke-3...

Salam...

Alhamdulillah...setakat hari ketiga, anak2 Minnie & Mickey membesar dengan sihat. Warna2nya pun nampak cantik. Di sini saya postkan gambar terkini supaya dapat kita berkongsi dan cuba2 meneka warna apa mereka akan jadi nanti.


Ini pula gambar ibu dan bapa mereka. Ibu berwarna chestnut dan bapanya berwarna blue.


Hari ni juga sijil pedigree untuk Mickey telah sampai melalui pos. Masa saya beli Mickey tu, Mr. Beh tak prepare sijil tu, saya pun tak tau ade sijil pedigree ni. Bila dah tau saya terus minta dia poskan. Ni gambar2nya...


Cuba baca betul2 bahagian Sire (Bapa) dan Dam (Ibu) tu...dua2 warna chocolate otter. Maknanya Mickey ada gen chocolate otter...harap2 turun kepada anak2nya nanti...Wassalam.

Tuesday, August 24, 2010

Minnie Beranak Lagi...

Salam....

Alhamdulillah...pagi tadi, antara pukul 8.30 hingga pukul 9.00, Minnie telah selamat melahirkan 5 ekor baby yang comel2. Saya sempat snap 3 keping gambar lepas balik sekolah tadi untuk dikongsikan di sini....

Diharapkan Minnie dapat menjaga anak2nya sebaik mungkin sepertimana dia menjaga anak2 pada kelahiran sebelum ini (15 Julai 2010). Semoga semua baby arnab ni dapat membesar dengan sihat dan sempurna...Ameen. Wassalam.

Thursday, August 19, 2010

Mencari pasangan secocok buat Agouti

Salam...


Dalam beberapa minggu kebelakangan ini saya berkira-kira untuk mencari pasangan yang secocok buat Agouti. Tetapi amat sukar mencari Holland Lop betina yang cantik pada harga seperti Agouti. Semua rabbitry besar yang menghasilkan baka Holland Lop yang cantik tidak mahu menjual Holland Lop betina mereka. Ini mungkin strategi mereka untuk menguasai pasaran.


Usaha diteruskan dengan cuba mengimport dari Indonesia. Tetapi setelah menunggu hampir seminggu untuk mendapatkan sample gambarnya, saya hampa sekali lagi apabila melihat gambar Holland Lop yang dikirimkan. Tidak memuaskan hati saya.



Sekarang saya sedang menunggu pula kalau-kalau ada Holland Lop yang boleh dibawa masuk dari Thailand. Harap-harap penantian saya ini berhasil. Jika ada sesiapa yang boleh membantu saya untuk mendapatkan seekor Holland Lop betina yang sama kualiti dengan Agouti, saya amat berbesar hati.

Jika semua usaha2 di atas tidak berhasil, saya terpaksa melakukan sesuatu yang memerlukan modal yang besar...iaitu berkongsi untuk mengimport dari USA yang memerlukan modal melebihi RM1500. Mana la nak korek duit banyak tu...Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini...Ameen...


Wassalam...

*P/S : Gambar2 ni sebagai hiasan. Harapan saya nak dapatkan yang macam dalam gambar2 ni la...InsyaAllah.

Saturday, August 14, 2010

Agouti dah besar...

Salam...ini adalah beberapa keping gambar terbaru Agouti, arnab Holland Lop jantan saya yang berwarna Chestnut Agouti.


Yang ni pulak gambar terbaru satu-satunya anak Netherland Dwarf yang tinggal untuk dijual. Yang dua lagi dah ada orang booking (siap letak deposit lagi). Kalau nak booking call atau sms 0123588209. Wassalam.

Wednesday, August 11, 2010

Laris...

Salam...

Alhamdulillah...belum pun mencecah umur sebulan, 2 daripada 3 baby Netherland Dwarf rabbit saya telah ditempah untuk diambil pada hujung bulan Ogos ini. Yang berwarna chestnut yang kononnya saya taknak jual sebab nak bela untuk jadikan induk pun terpaksa saya lepaskan dengan berat hati demi memenuhi permintaan pelanggan. Sekarang cuma tinggal seekor baby ND betina yang berwarna putih mata merah (REW) untuk ditempah. Kepada yang berhasrat untuk memiliki seekor ND betina (yang agak susah didapati sekarang kerana permintaan yang tinggi sedangkan stok agak kurang dalam pasaran), baiklah cepat2 call/sms saya di nombor 0123588209 untuk menempah, sebelum kehabisan. Kalau habis, kena tunggu sekurang-kurangnya 2 bulan lagi untuk batch seterusnya...Wassalam...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Reko Rabbitry ingin mengucapkan selamat berpuasa dan mengumpul pahala kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian. Semoga kita tidak ketinggalan mengejar pahala dan kelebihan di bulan yang mulia ini...

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...