Search My Blog

Thursday, August 19, 2010

Mencari pasangan secocok buat Agouti

Salam...


Dalam beberapa minggu kebelakangan ini saya berkira-kira untuk mencari pasangan yang secocok buat Agouti. Tetapi amat sukar mencari Holland Lop betina yang cantik pada harga seperti Agouti. Semua rabbitry besar yang menghasilkan baka Holland Lop yang cantik tidak mahu menjual Holland Lop betina mereka. Ini mungkin strategi mereka untuk menguasai pasaran.


Usaha diteruskan dengan cuba mengimport dari Indonesia. Tetapi setelah menunggu hampir seminggu untuk mendapatkan sample gambarnya, saya hampa sekali lagi apabila melihat gambar Holland Lop yang dikirimkan. Tidak memuaskan hati saya.



Sekarang saya sedang menunggu pula kalau-kalau ada Holland Lop yang boleh dibawa masuk dari Thailand. Harap-harap penantian saya ini berhasil. Jika ada sesiapa yang boleh membantu saya untuk mendapatkan seekor Holland Lop betina yang sama kualiti dengan Agouti, saya amat berbesar hati.

Jika semua usaha2 di atas tidak berhasil, saya terpaksa melakukan sesuatu yang memerlukan modal yang besar...iaitu berkongsi untuk mengimport dari USA yang memerlukan modal melebihi RM1500. Mana la nak korek duit banyak tu...Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini...Ameen...


Wassalam...

*P/S : Gambar2 ni sebagai hiasan. Harapan saya nak dapatkan yang macam dalam gambar2 ni la...InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment