Salam...
Tadi saya telah berjaya mendapatkan EM4. EM4 adalah cecair yang mengandungi mikroorganisma efektif yang boleh memberi manfaat di dalam bidang penternakan dan pertanian. Berikut adalah manfaatnya di dalam bidang penternakan :-
- Mengurangkan bau busuk di dalam kandang ternakan dan kolah kumbahan.
- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang berbahaya kepada ternakan.
- Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan.
- Mengurangkan tekanan (stress) pada haiwan.
- Meningkatkan ketahanan kepada penyakit.
- Meningkatkan kualiti produk ternakan.
- Memperbaiki kesuburan
- Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman.
Saya nak tambahkan ke dalam minuman arnab2 saya supaya lebih sihat dan yang penting air kencingnya tidak berbau. Saya sedang berkira-kira nak menjadi pembekal produk EM4 ni. Tapi sebelum tu saya nak cuba dahulu. Kalau puas hati baru boleh rekemen kat kawan2. Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, bolehla berkongsi pengalaman tersebut, samada berkesan atau tidak. Kalau ada permintaan untuk produk ini, saya akan cuba membekalkan produk EM4 ini dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Untuk pengetahuan, harga pasaran bagi EM adalah RM15 bagi 1 liter.
Wassalam.
salam cekgu...nnt pas gune bg tau result dye...klu menjadi sy nk tempah gk la...hoho!
ReplyDeleteOk..saya akan bagitau resultnya...saya baru cuba hari ni.
ReplyDeleteSorry, lambat reply. Baru perasan ada komen. Untuk tambah dalam air minuman, nisbah sukatan dia 1 : 200. Untuk setiap 200 ml air, tambah 1ml EM4. Kalau guna botol 1.5l tu, tambah 7.5ml EM4.
ReplyDeletemcm mane cikgu ok x guna em-4. murah betil 1 liter RM 15. saya beli 500ml RM25 mahal3.
ReplyDeleteSAYA NAK ORDER 1LITER CIKGU
ReplyDelete