Search My Blog

Sunday, July 4, 2010

Projek sudah bermula...

Alhamdulillah, cuti dua hari ni telah saya gunakan sebaik mungkin untuk memulakan projek Reko Rabbitry yang telah saya rancang selama sebulan. Bermula dengan kerja-kerja memasang rak, menyusun sangkar dan usaha-usaha mendapatkan induk bermula semalam hinggalah selesai pada hari ini. Walaupun masih belum berjaya mendapat induk pejantan Holland Lop, saya puas hati kerana berjaya mendapatkan sepasang induk Netherland Dwarf purebred dan seekor induk betina Lop Ear.



Beginilah rupa Reko Rabbitry yang bermula dengan sekadar hobi, tetapi kini menjadi projek yang lebih serius. Tapi saya mulakan secara kecil-kecilan je. Modal pun tak seberapa... ini je la yang termampu buat masa ni...

Mari saya perkenalkan induk-induk yang baru saya dapatkan semalam dan hari ini :

1. Yang ini induk betina Lop Ear berumur 6 bulan, belum pernah dikahwinkan. warna REW ( Red-Eyed White ).Saya beli dari saudara Zaifullah (http://arnabsepang.blogspot.com/). Tembam kan? Isteri saya memberikan namanya Qaseh.



2. Ini pula induk pejantan Netherland Dwarf baka asli berumur setahun lebih. Saya beli dari ladang Beh & Yo Rabbitry (http://www.behyorabbitry.com/). Menurut Mr. Beh, arnab yang berwarna solid blue ini pernah dijadikan induk di ladang mereka. Saya berikan namanya Mickey, sempena watak kartun kegemaran saya semasa zaman kanak-kanak.


3. Ini Minnie, pasangan untuk Mickey juga seekor Netherland Dwarf baka asli berumur 7-8 bulan, berwarna chestnut (rasanya kot...hehe...kalau salah tolonglah betulkan ye?). Saya beli dari abang Hisham (http://shamzaagroproduct.blogspot.com/). Terima kasih kepada abang Hisham kerana bersusah payah mendapatkan Minnie untuk saya.



Begitulah ahli-ahli terbaru dalam keluarga Reko Rabbitry. Saya masih mencari induk pejantan baka Holland Lop untuk dijadikan pasangan kepada Qaseh. Sekian buat waktu ini, doakanlah kejayaan projek Reko Rabbitry ini.....Ameen. Wassalam.

4 comments:

  1. cantik rekabentuk rak, mana tuan beli?

    ReplyDelete
  2. Ala...beli di kedai hardware...pasang sendiri. Tinggi 6 kaki, panjang 4 kaki, lebar 2 kaki...harganya RM200. Tapi dengar crita kalau kat klang boleh dapat RM180 je..

    ReplyDelete
  3. uiks.. RM200 jenis pasang siap ke ni? kalau yg jenis pasang siap ok ler. kalau kena potong n rekacipta sendiri tu sy kureng pandai. sy takat pasang yg dh ready je. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Ye...pasang siap. Kalau yang DIY tu murah sikit je. Baik yang pasang siap...

    ReplyDelete