Search My Blog

Thursday, September 30, 2010

Tinggal seekor je...

Salam...

Berita terkini, anak ND tinggal sekor je yang belum dibooking. Cuma tinggal ND03 : Chinchillas yang masih available. Yang 4 ekor lagi semua sudah dibayar depositnya, dan akan mula diserahkan kepada tuan baru bermula hujung minggu ini. Diharapkan mereka akan membesar dengan sihat dan sempurna bersama tuan baru mereka. Ameen.


Kepada mereka yang berminat dengan arnab yang berwarna Chinchillas di dalam gambar di atas ni, bolehla segera menghubungi saya di talian 0123588209, call atau SMS. Cepat sebelum kehabisan. Kalau nak tunggu kelahiran seterusnya lambatla lagi....Wassalam.

Friday, September 24, 2010

Gambar terbaru Baby ND...1 bulan!

Salam...

Di sini saya postkan gambar2 baby Netherland Dwarf yang telah berumur sebulan. Tapi saya cuma sempat snap gambar 2 ekor je. Sebenarnya sebab nak update gambar pada customer, sebab tu saya tak tangkap gambar baby2 yang dah dibooking. Update terkini, cuma tinggal ND03 : Chinchillas je yang belum dibooking. Itupun sudah dirisik2. Tunggu jawapan rasmi je. Kalau masih berhajat, lebih baik cepat maklumkan melalui SMS atau call 0123588209 sebelum bank-in depositnya ke akaun saya.
ND03 : Chinchillas (available)

ND05 : Opal (booked)

Baby ND dibuka untuk tempahan...

Salam...
Hari ni genaplah sebulan umur baby ND yang 5 ekor tu. Jadi saya buka untuk tempahan. Nak tau harga sila SMS atau call 0123588209. Belum sempat saya iklankan untuk tempahan, 2 ekor jantan (warna Blue Otter & Chestnut) telah pun ditempah. Tinggal 2 ekor jantan (warna Chinchillas & Opal), tu pun dah dirisik2...cuma tunggu keputusan rasmi. Kalau ada yang berhajat, masih sempat lagi. Yang warna Lilac tu betina. Saya nak simpan untuk dijadikan induk, tapi kalau ada yang berani offer tinggi, mungkin saya akan jual. Bertindak cepat sebelum kehabisan. Wassalam.

Monday, September 20, 2010

Pellet FFM 5910 - Rabbit Grower

Salam...

Kalau ada sesiapa yang ingin membeli pellet jenama FFM 5910 - Rabbit Grower dengan crude protein 17%, bolehla order dengan saya dengan harga RM55 bagi 1 guni 25kg. Kalau ambik 2 guni, saya bagi RM105. Kalau 3 guni atau lebih, harganya jadi RM50 bagi setiap guni. Tapi kena ambil di rumah saya di Taman Sri Reko, Kajang. Penghantaran untuk kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi dan Semenyih saya akan pertimbangkan dengan kos yang minima.

Kalau berhajat, boleh call atau sms saya di talian 0123588209 dan order. Saya akan maklumkan bila stok sampai sebab saya takde ruang nak simpan stok di rumah. Wassalam.

Thursday, September 16, 2010

Mini Rex Doe sudah mari...

Salam...

Alhamdulillah...semalam saya telah membawa masuk seekor Mini Rex betina untuk dijadikan pasangan kepada Rexy. Mini Rex doe berwarna Blue Otter ni memang cun. Untung Rexy dapat awek yang cun. Ini adalah gambarnya.

Diharapkan Reko Rabbitry dapat menghasilkan baka Mini Rex yang berkualiti tak lama lagi. Sekian, Wassalam.

Sunday, September 12, 2010

Baby ND hari ke-20...

Salam...



Berikut gambar2 terkini baby2 ND. Dah nampak sikit warnanya...bolehla nilaikan sendiri. Saya belum fikir lagi nak jual ke tak...tunggu masa yang sesuai, saya akan buat pengumuman.


ND01 : Warna Chestnut

ND02 : Warna Lilac

ND03 : Warna Chinchilla

ND04 : Warna Blue Otter

ND05 : Warna Opal

Kalau ada yang tersilap warna, minta tolong betulkan ok? Maklumlah, saya masih baru dalam dunia penternakan arnab hiasan ni. Minta otai2 yang lebih berpengalaman bagi tunjuk ajar ok? Terima kasih. Wassalam.

Thursday, September 9, 2010

Pembetulan warna Mini Rex...

Salam...

Merujuk kepada beberapa post saya yang lepas tentang Mini Rex yang saya beli, saya ingin membuat sedikit pembetulan tentang warna arnab tersebut. Setelah merujuk kepada laman web rasmi National Mini Rex Rabbit Club ( http://www.nmrrc.net/ ) saya dapati warna arnab Mini Rex saya itu (Rexy namanya) bukanlah Chocolate Otter...tetapi Castor. Maklumlah, baru nak berjinak-jinak dengan Mini Rex ni, baru nak kenal warna2nya. Untuk itu, saya sertakan sekali gambar Mini Rex saya sekali lagi...


Ini pula gambar pasangan Rexy yang akan saya bawa masuk ke Reko Rabbitry insyaAllah pada hujung bulan ini. Kalau mengikut tuan asalnya, warna Mini Rex betina ini adalah Blue Otter, tapi bila saya check dalam laman web NMRRC, warna yang paling hampir adalah Opal. Nanti saya akan cuba emailkan gambar ni kepada ahli NMRRC untuk mendapatkan kepastian. InsyaAllah saya akan maklumkan warna sebenarnya apabila telah mendapat kepastian.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada rakan2 breeder, pembekal2, peminat2 arnab dan pembaca2 blog ini serta Muslimin dan Muslimat sekalian. Diharapkan anda semua terus menyokong industri penternakan arnab di Malaysia. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Arnab Hotot beranak mengejut...

Salam...

Pada 31 Ogos lepas saya ada mengambil sepasang arnab Hotot daripada seseorang yang dah tak sanggup nak membela mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja. Dia bagi free je, siap dengan sangkar. Tapi keadaan arnab tu memang agak menyedihkan, kurus & bulunya banyak yang tercabut. Mungkin sebab dicampurkan dalam satu sangkar walaupun dah matang, mereka asyik berkejaran. Bila saya tanya, dia cakap arnab tu belum pernah kahwin. Pelik juga, duduk dalam 1 sangkar dari kecil, tapi tak pernah kahwin.

Jadi, perkara pertama saya buat bila sampai di rumah, saya asingkan mereka. Mula2 mereka macam rasa kehilangan pasangan. Saya bagi makan cukup2 dan biarkan sampai esok pagi. Keesokannya, saya cuba campurkan semula, mereka terus mengawan...2 kali pulak tu. Saya pun berkira2 mungkin akan dapat baby dalam sebulan lagi (awal Oktober).

Pagi tadi, sedang saya bersiap2 nak pulang ke kampung isteri untuk berhari raya, sempat saya tinjau kandang2 arnab saya. Mata saya terpaku pada kandang arnab Hotot betina...ada segumpal bulu tercabut. Saya pun cuba perhatikan dengan lebih rapat...rupa2nya ada 2 ekor baby. Terkejut saya sebab baru seminggu saya kahwinkan. Maknanya dia dah kahwin masa dengan tuan asalnya laa...dia yang tak perasan...

Berbalik kepada baby 2 ekor tadi, saya pun buat apa yang perlu...masukkan nestbox, cuba susukan. Tapi yang seekor tu badannya sejuk dan agak kurang bergerak. Masa bagi susu pun macam kurang menyedut. Tapi takpelah, saya pun terpaksa tinggalkan mereka untuk pulang ke kampung. Terpaksalah emak saya tolong tengok2kan mereka. Esok kakak saya balik, bolehla tolong2 jaga.

Petang tadi, betul2 sebelum azan maghrib, emak saya call bagitau, seekor baby arnab tu dah tak bernyawa. Tinggal lah seekor lagi. Harap2 ibu dia dapat menyusukan dan menjaganya dengan baik. Tawakkal aje lah...nak buat macamana? Saya di kampung. Ada tanggungjawab untuk keluarga juga. Semoga baby yang seekor lagi tu dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Ameen. Wassalam...

Monday, September 6, 2010

Mini Rex in da house!

Salam...

Hari ni sepasang Mini Rex telah berjaya dibawa pulang ke Reko Rabbitry dari Kota Damansara (terima kasih encik Adam). Yang jantan berwarna chocolate otter dan yang betinanya broken brown. Kedua2nya berusia 4 bulan lebih. Gambarnya saya akan postkan esok pagi, insyaAllah. Tadi belum sempat snap gambar sebab sampai rumah pun dah pukul 6.30 petang.

Saya memang dah lama minat nak dapatkan baka Mini Rex untuk dibiakkan di Reko Rabbitry tapi hari ni baru berhasil mendapatkannya. Alhamdulillah...

Saturday, September 4, 2010

Baby ND - 11 hari....

Salam...

Sebenarnya takde apa2 yang nak ditulis. Hari ni bermula cuti selama 2 minggu. Esok atau lusa dah nak balik kampung. Harap2 arnab2 semua sihat dan selamat di bawah jagaan ahli keluarga yang beraya di Kajang tahun ni.

Di sini saya kongsikan video terkini baby2 Mickey dan Minnie untuk tontonan kita bersama. Saksikanlah....Wassalam...