Search My Blog

Wednesday, September 8, 2010

Arnab Hotot beranak mengejut...

Salam...

Pada 31 Ogos lepas saya ada mengambil sepasang arnab Hotot daripada seseorang yang dah tak sanggup nak membela mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja. Dia bagi free je, siap dengan sangkar. Tapi keadaan arnab tu memang agak menyedihkan, kurus & bulunya banyak yang tercabut. Mungkin sebab dicampurkan dalam satu sangkar walaupun dah matang, mereka asyik berkejaran. Bila saya tanya, dia cakap arnab tu belum pernah kahwin. Pelik juga, duduk dalam 1 sangkar dari kecil, tapi tak pernah kahwin.

Jadi, perkara pertama saya buat bila sampai di rumah, saya asingkan mereka. Mula2 mereka macam rasa kehilangan pasangan. Saya bagi makan cukup2 dan biarkan sampai esok pagi. Keesokannya, saya cuba campurkan semula, mereka terus mengawan...2 kali pulak tu. Saya pun berkira2 mungkin akan dapat baby dalam sebulan lagi (awal Oktober).

Pagi tadi, sedang saya bersiap2 nak pulang ke kampung isteri untuk berhari raya, sempat saya tinjau kandang2 arnab saya. Mata saya terpaku pada kandang arnab Hotot betina...ada segumpal bulu tercabut. Saya pun cuba perhatikan dengan lebih rapat...rupa2nya ada 2 ekor baby. Terkejut saya sebab baru seminggu saya kahwinkan. Maknanya dia dah kahwin masa dengan tuan asalnya laa...dia yang tak perasan...

Berbalik kepada baby 2 ekor tadi, saya pun buat apa yang perlu...masukkan nestbox, cuba susukan. Tapi yang seekor tu badannya sejuk dan agak kurang bergerak. Masa bagi susu pun macam kurang menyedut. Tapi takpelah, saya pun terpaksa tinggalkan mereka untuk pulang ke kampung. Terpaksalah emak saya tolong tengok2kan mereka. Esok kakak saya balik, bolehla tolong2 jaga.

Petang tadi, betul2 sebelum azan maghrib, emak saya call bagitau, seekor baby arnab tu dah tak bernyawa. Tinggal lah seekor lagi. Harap2 ibu dia dapat menyusukan dan menjaganya dengan baik. Tawakkal aje lah...nak buat macamana? Saya di kampung. Ada tanggungjawab untuk keluarga juga. Semoga baby yang seekor lagi tu dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Ameen. Wassalam...

1 comment: