Pagi ini saya ke sekolah seperti biasa. Tiba2 saya dapat panggilan kecemasan dari isteri saya di rumah. Rupa2nya arnab Netherland Dwarf betina saya telah selamat melahirkan 3 kits. Kelahiran ini amat mengejutkan kami padahal saya baru 10 hari je kahwinkan dia. Setelah merujuk kepada Abang Hisham (SHAMZA) yang telah menjual arnab tu kepada saya, barulah saya dapat tahu bahawa ada kemungkinan Minnie telah bunting sebelum saya membelinya kerana dia bergaul bebas dengan pasangannya yang sebelum ini.
Berbalik kepada kelahiran yang mengejut ni, kelam kabutlah isteri saya melaksanakan arahan dari saya untuk menyediakan nestbox yang tak sempat saya sediakan. Alhamdulillah ketiga-tiga ekor anaknya berada dalam keadaan sempurna dan aktif. Diharap Minnie dapat membela dan menyusukan anaknya sebaik mungkin.
Ini merupakan pengalaman pertama menyambut kelahiran baby arnab yang tak mungkin dapat saya lupakan. Diharap ketiga-tiga ekor arnab ini dapat membesar menjadi arnab2 yang cute. Kalau nak tengok gambar, nanti saya postkan bila baby2 arnab tu dah besar sikit...harap bersabar...Wassalam.
No comments:
Post a Comment