Search My Blog

Wednesday, July 21, 2010

Ahli Baru Di Reko Rabbitry

Alhamdulillah...hari ini bertambah seekor lagi arnab di dalam koleksi saya di Reko Rabbitry. Dapat juga saya memiliki seekor arnab Netherland Dwarf betina berwarna black otter, yang berumur 4 bulan. Arnab ini bakal saya jadikan induk apabila matang kelak.


Di samping itu, ketiga-tiga baby kepada Minnie (Netherland Dwarf) berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Alhamdulillah, Minnie rajin menyusukan anak-anaknya. Memasuki hari yang ke-7, bulu2 halus mula tumbuh dan saya dapat mengagak warna bulu mereka. Mengikut tilikan saya ketiga-tiganya berlainan warna iaitu seekor putih, seekor hitam dan seekor lagi berwarna blue otter. Kita tengok nanti keputusannya. InsyaAllah, cukup 2 minggu nanti saya akan postkan gambar terkini mereka ke dalam blog ini...harap besabar....sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment